Header Ads

Perempuan Sangat Menyukai 8 Barang Milik Lelaki


1. Sepasang kasut


Sepasang kasut yang baik adalah elemen paling penting untuk apa-apa penampilan dalam menggambarkan seseorang itu. Setiap perempuan tahu bahawa kasut haruslah kemas dan padan dengan warna seluar, atau lebih gelap. Sebab itu perempuan selalu menumpukan perhatian pada elemen ini.

2. Baju Henley



Baju Henley ini tidak pernah lapuk dek zaman. Ia merupakan pakaian kegemaran bintang Hollywood dan atlet terkenal. Tshirt tanpa kolar dan tanpa dibutang menjadi kegilaan ramai perempuan.

3. Tshirt putih dan jeans



Jeans dan tshirt putih adalah satu gabungan yang tiada siapa akan kelihatan pelik apabila memakainya. Gaya ini membuatkan lelaki kelihatan lebih maskulin dan bergaya.

4. V-neck sweater



Perempuan suka lelaki memakai baju sebegini. Apabila lelaki memakainya, ia akan memberi pandangan bahawa lelaki ini sangat beradab dan pandai menjaga diri sendiri.

5. Melipat lengan baju dan memakai tali leher



Gaya ini adalah kombinasi kasual dan nakal yang sempurna. Ia juga satu penampilan yang mengatakan, "saya seorang lelaki yang sibuk tetapi kerja saya bukanlah satu-satunya minat saya."

6. Sut



Sut adalah pakaian klasik tetapi juga tidak lapuk dek zaman. Dengan saiz yang sesuai, ia memberikan penampilan yang baik dan sesuai untuk semua orang.

7. Topi



Apabila menyebut tentang aksesori, topi yang sesuai yang mengubah penampilan seorang lelaki dan akan membuatnya kelihatan menonjol di khalayak ramai. Jadi, pilih topi yag sesuai, dan bersedia untuk menjadi tarikan perempuan.

8. Rupa dengan dandanan kemas


Seorang lelaki boleh memakai apa sahaja pakaian yang bergaya atau aksesori yang menarik, tetapi rupa yang kemas dan bersih akan memberikan pandangan yang baik. Penampilan yang bersih dan kemas adalah satu pengenalan yang baik jika seorang lelaki inginkan perempuan menyukainya.

Dikuasakan oleh Blogger.