Header Ads

Penghadang Jalan Baharu Diuji Untuk Mengurangkan Kemalangan Yang Membawa Maut


Pemandu kereta yang melalui dari Jalan Lapangan Terbang Subang menuju ke Lebuhraya Persekutuan akan menyedari silinder berwarna kuning terang yang bertindak sebagai penghadang di sepanjang jalan.

Struktur keselamatan ini adalah teknologi baharu yang dapat membantu menyelamatkan nyawa.

Di samping itu, struktur ini terdiri daripada tiub keluli yang kukuh, yang terletak antara silinder plastik yang bertindak sebagai penyerap gegaran dan berputar atas paksinya, dan diletakkan sepanjang 100m.

Sistem yang digunapakai ini merupakan kali pertama di Malaysia, yang dapat mengurangkan impak perlanggaran dan memastikan kenderaan kekal di atas jalan raya.



Menurut Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Kerja Raya, penghadang jalan baru ini dipasang pada 7 Dis. Struktur ini diletakkan di kawasan tersebut kerana dikenalpasti sebagai "black spot" berikutan bilangan kemalangan yang berlaku kerana selekoh tajam.

Keberkesanan penghadang ini akan diuji selama 3 bulan. Jika sistem ini menghasilkan kesan yang positif, struktur ini akan dipasang di kawasan lain yang sering berlaku kemalangan di jalan utama dan lebuhraya.

Idea ini dicetuskan selepas lawatannya untuk konferens keselamatan jalan raya di Korea Selatan baru-baru ini.

Lihat video di bawah:



Sumber: Malay Mail Online
Dikuasakan oleh Blogger.