Header Ads

Pembantu Penerbangan Memberitahu Antara Permintaan Keterlaluan Penumpang


Selalunya, penumpang yang paling menjengkelkan adalah mereka yang banyak bercakap ataupun tertidur di bahu anda. Ramai yang jarang memikirkan apa yang dilalui oleh krew penerbangan, dan kebanyakannya permintaan penumpang adalah tidak masuk akal dan menghiburkan!

Diminta untuk menari bersama


Sepasang warga tua meminta Heather Poole, salah seorang krew penerbangan untuk menari bersama mereka di tempat kelas pertama. Dia bersetuju tetapi tidak akan melakukannya lagi selepas kejadian itu.

"Saya perlukan bantuan dengan wanita ini"


Lia Volpe, pernah membantu seorang lelaki dengan kisah cintanya apabila lelaki tersebut memberitahu 'wanita paling cantik' berada di kerusi 8C. Lelaki itu meminta tolong Lia untuk memberikan napkin yang tertulis nama dan nombor telefon kepada wanita tersebut kerana lelaki tersebut terlalu malu untuk melakukannya. Wanita itu memberikan respon yang positif dan kemudian menunggu lelaki tersebut turun dan mereka berjalan bersama-sama.

Bayi berada di ruang simpanan beg


Lia juga melalui keadaan yang mana seorang penumpang ingin meletakkan bayinya di ruang menyimpan beg. Malah, si ibu telah melakukannya beberapa kali kerana menyangkakan di situ tempat letak bayi yang baru lahir. Lia menyedarinya apabila kapal terbang sudah bersedia untuk berlepas lalu mendengar tangisan bayi dari ruang tersebut.

Dipelawa menghantar kasut untuk dibaiki


Heather menceritakan bahawa seorang penumpang yang bekerja sebagai tukang kasut pernah memintanya untuk mengepos kasutnya. Heather tidak mengetahui yang kasutnya perlu dibaiki dan mungkin si tukang kasut itu menyedari sesuatu yang orang biasa tidak akan sedar. Tukang kasut itu turut menghantar kasut tersebut di alamat yang tertera pada kadnya.

Di eBay, terdapat pasaran yang menjual kasut pembantu penerbangan yang telah digunakan.

"Bolehkah kami menyertai "Mile High Club"?


"Terdapat satu pasangan yang sedang asyik bercinta, yang selalu berpegangan tangan. Dan apabila saya melintasi mereka, mereka menahan saya dan bertanya jika mereka dibolehkan untuk menyertai 'Mile High Club' (istilah yang digunakan untuk pasangan yang bersama dalam kapal terbang)," kata Lia.

Lia memberitahu mereka yang dia perlu memberikan servis kepada semua penumpang, dan mereka akan dapat 15 minit. Mereka dinasihatkan untuk masuk seorang demi seorang. Mereka keluar dengan gembira ketika turun dan berterima kasih kepada Lia.

Penumpang meminta ruang bermain kanak-kanak


Seorang penumpang pernah bertanya lokasi ruang bermain kepada Heather. Dia memandang sekeliling dan cuba menahan ketawa, lalu mengingatkan wanita tersebut yang dia berada dalam kapal terbang. Wanita tersebut berkata, "Alangkah bagusnya jika terdapat ruang bermain. Ini penerbangan yang panjang,"

Ingin memakai topeng oksigen sepanjang perjalanan


Seorang penumpang berusia pernah bertanya jika dia dibenarkan memakai topeng oksigen di sepanjang penerbangan. Lalu, diterangkan bahawa topeng tersebut hanya diperlukan ketika kecemasan dan apabila bantuan oksigen diperlukan. Rupa-rupanya, itu merupakan penerbangan kali pertama dan dia menyangkakan topeng oksigen perlu dipakai sepanjang masa.

Dimarahi kerana kehabisan menu telur


Seorang krew penerbangan pernah dimarahi seorang penumpang kerana merosakkan percutiannya, yang disebabkan oleh kehabisan menu telur.

Dikuasakan oleh Blogger.