Header Ads

Pelakon Star Wars, Princess Leia, Meninggal Pada Umur 60

princess leia, star wars, died, legend, 2016, 2016 death

Carrie Fisher yang terkenal dalam lakonan Star Wars memegang watak sebagai Princess Leia telah meninggal dunia akibat serangan jantung yang kritikal.

Dalam kenyataan Magazine People, Billie Lourd mengesahkan berita tersebut. Dia juga berkata ibunya telah meninggal pada pagi tadi.

Dia sangat dikenali dari seluruh dunia dan dia akan sentiasa dirindui.

Menurut laporan TMZ pula, pelakon Star Wars itu sedang diterbangkan dari London ke Los Angeles untuk rawatan namun berlaku kecemasan 15 minit sebelum kapal terbang mendarat ke destinasi.

Paramedik melaporkan mereka telah melakukan CPR terhadap Carrie Fisher dan masih dalam keadaan stabil.

Malangnya, dia kemudian meninggal dunia di hospital.

Berikut antara lukisan kartun dari peminat tanda penghormatan terakhir pada beliau, juga beberapa keping gambar tahun lepas ketika pelancaran Star Wars: The Force Awakens.










Dikuasakan oleh Blogger.