Header Ads

Pelajar Sekolah Memulangkan RM12K Tunai Selepas Menemuinya


Dua orang pelajar di kawasan Mae Ramat, wilayah Tak, Thailand terkejut apabila menemui sesuatu dalam pakaian yang didermakan kepada mereka tengah hari semalam.

Apabila mereka mencuba pakaian tersebut, mereka menemukan sejumlah wang THB100,000 dalam poket jeans.

Khamnon Kaenwichit dan Nawapon Suksereepon, 9, segera memaklumkan guru mereka yang mengagihkan pakaian tersebut. Malah, mereka ingin memulangkan wang tersebut kepada tuannya.

Pakaian tersebut didermakan seminggu yang lalu dan pihak sekolah berharap dapat mengesan pemilik wang tersebut.

Dikuasakan oleh Blogger.