Header Ads

Orang Kaya Terus Bekerja Walaupun Sudah Kaya. Ini Sebabnya


Apabila Keith, usahawan Silicon Valley, bekerja di syarikat teknologi yang menjadi terkenal, dia menjadi kaya dalam masa satu hari. Wang yang diperolehi dapat mengubah hidupnya dalam sekelip mata.

Dia berhenti daripada kerja tidak lama selepas itu. Dia menghabiskan masa setahun untuk mengembara dan membelanjakan wang untuk perkara yang remeh. Namun, dia merasakan sukar untuk menikmati hidupnya.


Seperti kebanyakan orang, Keith juga selama ini percaya yang dia bekerja untuk membuat duit. Ternyata, dia silap. Dan walaupun simpanan boleh bertahan lama, Keith mula mencari kerja.

"There's a higher reason why we all go to work"

Keith yang kini berada dalam pertengahan 30an, mengatakan dia berasa tidak gembira dan tidak tahu apa tujuan dalam hidupnya. Malah, kemahirannya juga semakin merosot dan sukar untuk berinteraksi dengan orang lain.

Duit dan kepuasan dalam bekerja

Orang yang kaya yang tidak menguruskan syarikat juga berasa tidak suka untuk berhenti, walaupun mereka mempunyai wang yang banyak.



Mengikut kajian, kita memperolehi kepuasan dalam bekerja daripada kejayaan yang bukan berasaskan wang, yang melibatkan hubungan rakan sebaya yang positif, kemampuan bekerja untuk sesuatu projek, malah peluang kepemimpinan.

Namun, ramai di antara kita yang mengambil mudah dengan pekerjaan dan perkara bukan harta ini. Kita tidak akan sedar sehinggalah kita berhadapan dengan situasi kemewahan yang melampau.

"Ada perasaan kehilangan yang anda tidak jangkakan"

Jika anda menjadi kaya dengan segera, anda dicadangkan mengambil masa setahun untuk meletakkan matlamat baru sosial dan berkaitan kerja supaya anda akan mendapat hasil yang sama, yang membuatkan anda berjaya pada awalnya.


Dikuasakan oleh Blogger.