Header Ads

Orang Bijak Mempunyai Rutin Sendiri Untuk Tingkatkan Kepintaran Mereka, Ini 10 Yang Boleh Anda Cuba


Untuk kekal sihat, otak anda memerlukan senaman seperti yang dilakukan pada otot anda. Menghabiskan beberapa minit melakukan senaman mental bukan sahaja akan membantu mengukuhkan pemikiran anda bahkan meningkatkan daya ingatan dan menenangkan minda anda.

Jadi hari ini kami bawakan 10 tabiat yang boleh meningkatkan kepintaran anda.

1. Memerhati

Melihat tidak sama dengan memerhati. Memerhati ialah menganalisa apa yang anda lihat. Ketika memerhati, anda akan menyedari banyak perkara yang anda terlepas pandang sebelum ini. Serap semua perkara di sekeliling anda dan jangan berhenti berimaginasi.


2. Belajar

Jika anda buka minda dan tidak berhenti belajar, otak anda akan merangsang untuk mengetahui sesuatu itu secara lebih dan tidak akan membiarkan proses itu berakhir. Jangan sia-siakan segala peluang yang datang, belajar dan terus belajar.



3. Mendengar

Dengar bunyi di sekeliling anda. Anda menyerap sebahagian dari dunia. Kalau anda keluar berjalan, tumpukan perhatian terhadap apa orang perkatakan untuk belajar bagaimana cara mereka berfikir. Anda juga boleh praktis tabiat ini ketika mendengar muzik.

4. Eksperimen

Jika anda tidak melangkah keluar dari zon selesa anda dan mula bereksperimen dengan perkara-perkara baru, anda mungkin terlepas sesuatu yang boleh mengubah hidup anda atau fikiran anda.
Carilah kursus-kursus yang menarik perhatian anda, dan belajar tentang sesuatu bidang yang anda tidak tahu banyak tentangnya.

5. Luaskan

Jangan sekali-kali biarkan pengetahuan pertama yang anda perolehi. Timbulkan persoalan terhadap perkara itu. Secara beransur-ansur pengetahuan anda akan berkembang, dan otak anda akan dapat digunakan dan tidak terhad untuk satu maklumat sahaja.


6. Bercakap

Belajar daripada orang di sekeliling anda. Kongsikan ilmu yang anda telah ketahui selama ini dengan mereka. Kongsikan idea dan saling bertukar pandangan dan bina sesuatu ilmu baru darinya.

7. Bersenam

Badan dan minda adalah satu unit. Jika salah satu darinya tidak berada dalam kondisi yang baik, yang satu lagi turut terjejas. Ambil masa selama 20 minit sehari untuk melakukan senaman yang berbeza untuk membekalkan oksigen bagi minda anda.


8. Bermeditasi

Jika anda perhatikan minda anda, bagaimana ia berfungsi dan apa yang ia lepaskan apabila anda bermeditasi, anda akan jadi lebih tenang kerana minda anda telah kosong daripada segala keserabutan.

9. Menganalisis kemungkinan

Cuba untuk berfikir di luar kotak, dan sentiasa mencari jawapan sebanyak mungkin dan bukan tetap dengan satu yang paling logik. Jangan sekali-kali berhenti meneroka idea-idea yang menjana kemungkinan yang luar biasa dan menghadirkan penyelesaian.


10. Bermain minda

Tidak salah jika anda ke tempat yang tidak biasa anda kunjungi. Bayangkan seluruh alam dalam minda anda, segalanya mungkin. Anda boleh melatih minda. Walaupun kedengaran lucu tapi ia boleh menghadirkan perubahan positif.

Rahsia keberkesanan kaedah ini ialah dengan mempraktikkannya setiap hari, tanpa memenatkan otak anda. Dengar, perhatikan dan ambil semua peluang yang ada dimuka bumi ini.

Dikuasakan oleh Blogger.