Header Ads

Nasib Keluarga Berubah Dengan Hanya Menjual Telur Masin. Ikuti Kisah Pakcik Ini


Seorang rakyat Kelantan yang berumur 57 tahun dapat meningkatkan taraf hidup keluarganya dengan memperoleh RM12,000 sebulan dengan menjual telur masin.

Che Hassan Che Mood dan keluarganya menjalankan bisnes menjual telur masin, dan mereka perlu mendapatkan antara 860 hingga 950 biji sehari daripada 1,100 ekor itik.

Dia bermula sejak tiga tahun lalu dengan 50 ekor itik dan kemudiannya memajukan perniagaannya dengan bantuan daripada Institut Penyelidikan Dan Kemajuam Pertanian Malaysia (MARDI).



Setiap hari, isterinya Wan Naimah Wan Yaakub, 48, akan membantu dalam pemprosesan 2,000 biji telur masin yang diedarkan ke seluruh Pasir Mas dan Tanah Merah.

Walaupun rasanya sama seperti telur masin yang lain, namun Che Hassan mendedahkan yang caranya berbeza kerana dia merendam telur tersebut dalam air garam atau ditapai, berbanding telur yang disalut dengan arang.


Telur itu akan dijemur dalam masa 20 minit dan kemudian direndam dalam campuran air daripada garam, daun pandan dan asam jawa selama 12 hari.

Dia juga mempunyai alat khas untuk menyukat tahap kemasinan air dan bacaan normal ialah antara 80 hingga 90.

Harga telur itik yang biasa ialah 44 sen dan harga telur masin ialah 65 sen. Che Hassan menjual satu bekas yang berisi 30 biji telur masin dengan harga RM25, manakala 100 biji telur berharga RM65.


Dikuasakan oleh Blogger.