Header Ads

Nak Kulit Anda Seperti Kulit Bayi? Cuba Cara Ini


Ramai yang inginkan kecantikan luaran: kulit yang kelihatan muda dan badan yang cantik. Tetapi kami inginkan anda berasa muda luar dan dalam.

Jadi, kami berkongsi kesalahan biasa yang sepatutnya dielakkan untuk hidup lebih lama dan bahagia.

1. Tidak mendapat tidur yang cukup


Jika anda tidak mendapatkan rehat yang secukupnya, anda akan dapat melihatnya di wajah anda. Tidur juga dapat merangsang pengaliran oksigen di kulit anda. 

2. Gaya hidup bekerja sambil duduk



Anda tidak perlu menghabiskan sepanjang hayat anda di gym, tetapi 30 minit dengan senaman yang sederhana (berjalan setiap hari juga dikira) akan membantu anda hidup sihat dan lebih lama.

3. Sering berada bawah tekanan



Jika anda menjadikan tekanan sebahagian daripada hidup anda, ia akan memberi kesan kepada kesihatan secara negatif, membuatkan anda rasa dan kelihatan tua. Jadi, jangan biarkan tekanan menguasai anda. Tenangkan diri anda, dan selesaikan masalah satu persatu.

4. Tidur dengan mekap


Apabila anda membiarkan mekap di wajah anda, ia akan mengakibatkan kulit kering, kulit gatal, dan menyebabkan keguguran bulu mata.

Bersihkan wajah anda setiap malam, dan gunakan produk pelembap kulit. Ini akan melambatkan proses penuaan. Gunakan produk yang melindungi kulit anda daripada radiasi UV.

5. Tidak mengambil peduli tentang penjagaan wajah

Di mana kedut pertama akan kelihatan kebiasaannya? Di sekeliling mata! Jadi, mula fikirkan produk penjagaan kulit sekarang. Produk tersebut seharusnya melembapkan dan mengandungi hyaluronic acid dan vitamin A atau E. Baca label dengan teliti.

6. Mengambil minuman bergas

Minuman yang tinggi gula dan kalori membawa impak yang besar dalam proses penuaan. Salah satu kajian menunjukkan soda mempercepatkan proses penuaan DNA. Jadi, kita ada pilihan minuman: air, jus asli, smoothies.

7. Mengabaikan nutrisi baik



Perbaiki menu diet anda, dan ingat, bukan semua lemak tidak baik untuk kulit. Anda seharusnya menambah lebih buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet anda. Jangan lupakan salmon, sardin, badam, biji bunga matahari, dan minyak zaitun extra virgin.

8. Merokok



Semua orang tahu merokok membahayakan kesihatan. Selain merosakkan badan dan organ dalaman, rokok juga memberi kesan secara terus kepada kulit.

Menurut David Spiegelhalter, merokok dua batang rokok sehari akan mengurangkan jangka hayat selama 30 minit. Jadi, bayangkan jika sehari satu kotak?

Dikuasakan oleh Blogger.