Header Ads

Mengapa Steve Jobs Tidak Memberikan iPad Kepada Anak-anaknya?


Walaupun Steve Jobs membina salah satu syarikat teknologi terbesar di dunia, dia mengehadkan penggunaan teknologi terhadap anak-anaknya dengan tegas.

Apabila ditanya kepada Steve pendapat anak-anaknya tentang iPad baru, ini jawapannya: "Mereka belum menggunakannya. Kami mengehadkan teknologi yang anak kami gunakan di rumah."

Cara ini agak mengejutkan kerana sebenarnya cara ini pendekatan yang biasa dalam kalangan orang yang berkuasa dalam dunia teknologi.


Sepertimana Steve, Chris Anderson, salah seorang pengasas drone, dikatakan oleh anak-anaknya sebagai seorang yang terlalu mengambil berat tentang teknologi, kerana tiada rakan mereka yang mempunyai peraturan tegas yang sama apabila berkaitan gajet.

"Ini kerana kami telah melihat bahaya teknologi itu. Saya telah melihatnya dalam diri saya, saya tidak ingin melihatnya berlaku kepada anak-anak saya."

Tidak mustahil Steve mempunyai kepercayaan yang sama, terutama apabila ramai yang mengetahui kegilaan Steve terhadap produk syarikatnya, dan cenderung untuk mengamuk apabila ditimpa masalah.

Setiap petang, Steve akan makan malam bersama-sama keluarganya sambil membincangkan buku, sejarah, dan pelbagai perkara lagi.
Dikuasakan oleh Blogger.