Header Ads

Mengapa Ramai Ibu Bapa di Korea Selatan Inginkan Anak Perempuan Berbanding Anak Lelaki?


Pada zaman dahulu, ibu bapa di Korea Selatan menginginkan anak lelaki berbanding anak perempuan. Ini adalah tradisi yang berat sebelah, yang mana lelaki mewarisi kebanyakan harta keluarga dan meneruskan nama mereka. Malah, anak lelaki menunjukkan lambang kebanggaan sesebuah keluarga.



Namun, kini coraknya sudah berubah. Heidi Shin berkongsi cerita tentang sepupunya, seorang ibu muda percaya bahawa tiada kepentingan dengan mendapat seorang anak lelaki, kerana mereka akan membesar dan meninggalkan ibunya untuk menjaga isteri.

Apabila teknologi ultrasound mulai wujud di Korea Selatan, bilangan anak perempuan yang dilahirkan semakin berkurangan. Ramai yang menggugurkan anak mereka sejurus mengetahui jantina kandungannya.

Pada tahun 2007, seorang ibu mendapat reaksi yang kurang baik kerana mempunyai tiga orang anak lelaki, dan tidak mempunyai seorang pun anak perempuan. Ramai yang berasa kasihan terhadapnya kerana tidak bernasib baik.



Masyarakat Korea kini lebih mementingkan penjagaan ketika ibu bapa masih hidup, berbanding pada zaman dahulu yang mana anak lelaki sulung akan mengadakan pemberian untuk roh si mati. Perubahan dalam kepercayaan ini juga meningkatkan bilangan penganut Kristian Korea.

Dikuasakan oleh Blogger.