Header Ads

Mengapa Menyimpan Wang Itu Sukar dan Bagaimana Cara Mengatasinya?


Jika anda seperti kebanyakan orang, anda mungkin sedar sukarnya menyimpan wang. Sangat sukar. Tetapi adakah anda tahu mengapa?

Pasti kita ada mengenali seseorang yang pandai menguruskan wang dan bijak menyelesaikan hal berkenaan simpanan. Tetapi bagi orang lain, menyimpan wang satu perkara yang sukar. Kita sedar kepentingannya, tetapi di mana dan bagaimana harus kita mulakan?

Pertama, ketahui bahawa anda tidak berseorangan. Satu kajian yang telah dijalankan di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa 46 peratus orang dewasa tidak mempunyai simpanan yang mencukupi. Malah, mereka tidak dapat menampung perbelanjaan kecemasan tanpa menjual sesuatu atau meminjam wang.


Terdapat beberapa sebab mengapa tabiat menyimpan ini sangat mencabar.

Salah satu sebab adalah berpunca daripada sikap kita yang lebih mengutamakan keperluan semasa (seperti telefon baru) berbanding keperluan masa hadapan (persaraan).

Selain itu, wujud sikap teragak-agak secara umumnya. Menurut pakar psikologi, kita melihat diri kita di masa hadapan seperti orang asing. Oleh kerana kita tidak membayangkan siapa kita pada masa hadapan, maka kita sering membuat keputusan yang kurang baik untuk masa depan kita.

Sebab kedua ialah kita sering terlupa apa rasanya ketika kekurangan atau ketiadaan wang. Mungkin anda sudah terbiasa menjalani kehidupan dengan gaji yang sedikit, tetapi kini anda mendapat pertambahan gaji, anda cenderung meningkatkan perbelanjaan anda dengan berbelanja lebih atau membeli barang yang lebih baik.


Perkembangan teknologi juga membuatkan pembayaran lebih mudah dan menggalakkan ramai orang untuk berbelanja, terutama ketika kita sedang menuju kepada masyarakat tanpa tunai.

Di samping itu, pengaruh rakan sebaya di media sosial, yang memuat naik pembelian terbaru mereka ketika percutian adalah sukar untuk diatasi.

Bagaimana untuk menjadi penyimpan yang lebih baik? Di sini kami kongsikan beberapa panduan yang dapat membantu anda.



1. Kekal dengan bajet yang realistik dan bayar diri anda - seperti akaun simpanan.

Dalam merealisasikan apa-apa jua matlamat, anda perlu terlebih dahulu mempunyai perancangan. Untuk mempunyai perancangan, anda perlu mengambil masa dengan mengetahui ke mana perginya wang anda dan berapa banyak yang anda mampu simpan.

Keadaan setiap individu adalah berbeza, maka membuat bajet yang realistik adalah sangat penting, termasuklah semua bil dan perbelanjaan. Bajet simpanan anda juga seperti bil lain yang anda perlu bayar supaya anda sentiasa melakukan sesuatu kepada akaun simpanan anda.

2. Tetapkan pembayaran simpanan anda secara automatik.

Teknologi yang sama membuatkan anda berbelanja dengan mudah, juga dapat membuatkan anda menyimpan dengan mudah. Cuba untuk tetapkan pembayaran secara automatik pada hari gaji anda supaya wang itu terus ke akaun simpanan anda, dan anda tidak perlu lagi memikirkan perkara itu.

3. Ingatkan diri anda apa perasaan menjadi seorang muflis.

Memandangkan kita lupa bagaimana rasanya ketiadaan wang apabila tidak mengalaminya, satu perkara yang dapat membantu adalah ingatkan diri anda apa rasanya menjadi seorang muflis.

4. Buat cabaran wang 52-minggu.

Kadang-kadang, sukar untuk memulakan sesuatu. Jadi, apa kata jika anda mencabar diri anda dengan cabaran wang 52-minggu? Ini dapat membantu anda membiasakan diri anda dengan menyimpan.

Cabaran ini dijalankan begini: simpan RM1 pada minggu pertama, kemudian RM2 pada minggu kedua, RM3 pada minggu ketiga, dan seterusnya sehinggalah anda mencapai minggu ke-52. Simpanan ini bermula dengan nilai yang kecil, tetapi akan memberi jumlah yang besar dan dapat mendidik anda sikap menyimpan.

Risau tidak dapat kekal dengan jadual itu? Cuba lakukan dalam keadaan terbalik, bermula dengan RM52 pada minggu pertama supaya anda tiada alasan untuk tidak meletakkan wang RM1 pada minggu ke-52.

5. Letakkan matlamat, kekal dengan matlamat itu, serta raikan kejayaan anda.


Penting untuk mempunyai simpanan kecemasan, tetapi anda juga boleh menyimpan untuk pelbagai perkara. Jadi, apa kata cuba menyimpan untuk satu jangka masa? Anda dapat mengekalkan pengeluaran yang minimun. Malah, satu perkara bagus apabila anda mula dengan matlamat yang kecil, lebih terperinci supaya anda dapat menghadiahi diri anda dengan cara yang menarik seperti bercuti ke tempat yang sering anda idamkan.

6. Simpan bonus anda.

Anda dapat bonus tahunan? Ramai yang akan terus membelanjakannya, tetapi anda boleh meletakkan wang tersebut ke dalam simpanan anda. Anda akan lebih menghampiri matlamat.

7. Simpan baki wang.


Jumlah wang yang sedikit juga dapat membantu. Anda ada banyak duit syiling dalam poket? Masukkan syiling tersebut ke dalam tabung. Apabila tabung tersebut sudah penuh, anda boleh menukarkannya di kedai runcit supaya mudah untuk anda memasukkannya ke dalam akaun simpanan anda. Mungkin nilai itu tidak banyak, tetapi ia dapat menambah jumlah simpanan anda.

8. Naikkan jumlah simpanan apabila anda mampu.


Gaji anda dinaikkan? Atau anda sudah selesai membayar hutang? Pastikan anda tingkatkan jumlah simpanan anda.

9. Cari rakan menyimpan.

Merancang, kekal dengan perancangan adalah rahsia menyimpan. Satu lagi cara menyimpan terbaik adalah mencari seseorag, seperti suami, isteri, atau rakan yang boleh membantu dalam memotivasikan anda.

Ini penting supaya mereka mengingatkan anda untuk kekal dalam perancangan.

Apabila anda sudah terbiasa dengan habit ini, diri anda pada masa hadapan akan berterima kasih pada anda yang sekarang.

Selamat menabung!
Dikuasakan oleh Blogger.