Header Ads

Lelaki Ini Ingin Bercerai Kerana Tidak Tahan Dengan Bau Kaki Isterinya


Seorang lelaki di China tidak dapat menahan lagi bau kaki isterinya yang busuk. Bau tersebut sangat teruk sehingga dia ingin bercerai.

Mereka telah berkahwin selama 7 tahun. Si suami sering merayu kepada isterinya untuk membasuh kaki berulang kali tetapi isterinya berdegil.

Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Su, mengatakan isterinya seorang pengotor kerana dia akan membiarkan pakaian kotor tidak dibasuh selama lebih seminggu. Dia juga akan meletakkan pakaiannya merata tempat.


Malah, Su turut mengambil stokin kotor yang terletak di bawah bantal sebagai bukti. Sikap pengotor tersebut bukanlah perkara paling teruk dalam hubungan mereka, tetapi bau kaki isterinya.

Pada musim panas, isterinya hanya akan mandi sekali dalam 3 hingga 5 hari. Dan dia hanya akan basuh kakinya apabila mandi!

Su menggambarkan semua penumpang dalam sebuah bas akan pengsan jika terhidu bau kaki isterinya.


Dikuasakan oleh Blogger.