Header Ads

Kylie Jenner Ingin Menjual Rumahnya Bernilai RM24 juta. Lihat di dalamnya!


Bintang realiti yang berumur 19 tahun, Kylie Jenner meletakkan salah sebuah rumahnya di Hidden Hills, California di pasaran dengan harga $5.4 juta (RM24 juta).

Dia membeli rumah yang dilengkapi dengan empat bilik tidur dan empat tandas dengan harga $4.5 juta (RM20 juta) pada bulan Ogos, beberapa hari selepas ulang tahunnya.

Dibina pada tahun 2012, rumah dengan keluasan 3.3 ekar dikelilingi dengan bukit, ladang anggur serta pokok oak.


Jom lihat ruang dalam rumahnya!

Apabila masuk ke dalam rumahnya, anda akan mendapati dapurnya dilengkapi dengan peralatan keluli tahan karat dan kaunter granit, yang dihiasi dengan warna putih dan coklat.


Terdapat juga ruang bar yang luas untuk keinginan berhibur.

Rumah ini juga dilengkapi dengan teater filem, kolam, spa, dan patio yang besar dengan pendiangan, dan ruang BBQ.


Sumber menyatakan Kylie membelinya kerana lokasi rumah ini berhampiran dengan rumahnya yang lain, dan bercadang menggunakannya sebagai pejabat. Nampaknya, dia sudah berubah fikiran.
Dikuasakan oleh Blogger.