Header Ads

Kota Tersembunyi Yang Menakjubkan Dijumpai Ketika Sedang Mengubah suai Rumah


Sebuah bandar bawah tanah 18 tingkat telah dijumpai secara tidak sengaja apabila seorang lelaki ingin mengubah suai rumahnya.

Pada tahun 1963, seorang ayah warga Turki merobohkan dinding di tingkat bawah tanah, membongkarkan satu bilik rahsia yang membawa ke terowong bawah tanah sehingga menemui kota lama Derinkuyu.



Kawasan ini dijangka dibina ketika era Byzantine pada 780-1180M. Dapur, gereja, kubur, perigi, sekolah, kandang kuda, dan bilik komunal dibina sebagai kubu untuk memelihara penduduk daripada perang Arab-Byzantine.

Pintu batu yang berat dapat menutup Derinkuyu dari dalam supaya dapat mengelakkan penceroboh, dan setiap tingkat boleh ditutup secara individu.

Hanya separuh Derinkuyu yang dibenarkan masuk, tetapi telah menjadi tarikan pelancong yang popular.















Dikuasakan oleh Blogger.