Header Ads

Kesilapan Bank Australia Sebanyak Lebih RM13 juta, Pelajar Malaysia Mengaku Tidak Bersalah


Christine Jiaxin Lee, seorang pelajar jurusan kejuruteraan kimia, 21, mengaku tidak bersalah di salah sebuah mahkamah di Australia berikutan pertuduhan membelanjakan RM13.8 juta apabila salah satu bank di Australia tersilap memasukkan wang tersebut ke dalam akaunnya.

Peguam pelajar tersebut mengatakan keluarganya telah datang ke Australia untuk memberikan sokongan.

Christine bercadang untuk pulang ke Malaysia selepas urusan di mahkamah selesai.

Pada bulan Mei, pegawai Australia telah menangkap Lee ketika dia mencuba untuk pulang ke Malaysia. Malah, Christine juga telah melakukan beberapa pengeluaran sebanyak RM13.8 juta sepanjang bulan Julai 2014 sehingga April 2015.

Dia mengatakan dia menyangka ibu bapanya memasukkan wang tersebut untuk perbelanjaannya. Dia telah menetap di Australia selama lima tahun dan berada di tahun tiga pengajian.
Dikuasakan oleh Blogger.