Header Ads

Kenali Diri Anda Melalui Bentuk Wajah


Bentuk muka anda dapat membantu anda mengenali personaliti diri anda. Tidak ramai yang mempunyai bentuk wajah yang bercampur, kebanyakannya mempunyai wajah yang ketara bentuknya.

Bentuk segi empat tepat


Bentuknya pada dahi dan dagu. Mereka yang mempunyai muka berbentuk ini sentiasa berfikiran baik dan logik, tetapi kadangkala terlalu kuat berfikir. Mereka juga sering merancang dalam banyak perkara dan jarang berbicara tentang perasaan.

Bentuk bulat


Muka berbentuk bulat dicirikan dengan memiliki garis rambut yang lebar dan penuh sehingga ke tulang pipi. Kebiasaannya, ini bermakna anda adalah orang yang suka memberi, baik, dan sentiasa mendahulukan orang lain.

Oleh kerana anda sering mendahulukan orang lain, anda tidak dapat apa yang anda inginkan dalam hubungan. Mentaliti ini boleh menarik orang yang suka mengkritik, tetapi anda boleh mengubahnya dengan lebihkan memberi dan tidak mengutamakan orang lain berbanding diri anda sendiri.

Bentuk berlian


Bentuk ini lebar di tengah, dan tajam di dahi dan dagu. Ini menunjukkan mereka yang suka mengambil alih dan inginkan sesuatu perkara mengikut kehendak mereka. Bersikap sangat teliti dan kerana itu, mereka menghasilkan kerja yang berkualiti.

Selain itu, mereka turut bersikap teliti dengan kata-kata dan mampu berkomunikasi dengan baik. Berhati-hati kerana kata-katanya boleh menjadi tajam jika anda tersilap langkah.

Bentuk bujur


Bentuk muka ini lebih panjang berbanding lebar, dengan rahang yang lebih sempit di bahagian tulang pipi. Mereka ini sentiasa tahu apa yang ingin dikatakan, jadi mereka dapat membuatkan seseorang berasa diraikan dan selesa. Kadangkala, mereka boleh menjadi terlalu fokus bercakap pada perkara yang betul sahaja.

Bentuk segi empat sama


Wajahnya dicirikan dengan garis rambut dan bentuk rahang yang lebar. Selalunya merujuk kepada seseorang yang bersemangat dan suka mengambil projek besar kerana mereka mempunyai banyak stamina.

Bentuk hati


Ini apabila anda mempunyai dahi yang luas dan dagu yang runcing. Orang yang mempunyai wajah berbentuk sebegini adalah seseorang yang mempunyai kekuatan dalaman yang kuat tetapi juga seorang yang degil kerana mereka berpendirian tetap.

Kekuatan mereka bukannya dari stamina tetapi kekuatan dalaman. Apabila mereka mempunyai matlamat, mereka akan berusaha untuk itu. Selain dari seorang yang kreatif, mereka mempunyai firasat yang kuat justeru mereka tahu waktu mengorak langkah.

Bentuk pear atau segi tiga


Runcing di dahi dan lebar di bahagian rahang muka. Anda selalu ingin menjadi orang yang ditugaskan untuk sesuatu perkara. Semakin runcing dahi anda, semakin tinggi sikap itu. Oleh kerana anda sering terbawa-bawa sikap itu, anda sering berjaya.

Dikuasakan oleh Blogger.