Header Ads

Kebenaran di Sebalik Rambut Donald Trump: Bekas Pendandan Membongkarkannya


Bekas pendandan rambut Donald Trump membongkarkan rahsia lelaki terkenal itu buat kali pertama.

Amy Lasch, 52, menyifatkan tugas mewarnakan rambut itu sebagai "bencana" dan menyatakan Donald menggunakan terlalu banyak lakuer untuk mencapai gaya rambutnya yang berada dalam keadaan tetap dan berserabut.

Pendandan rambut itu juga turut menafikan khabar angin tentang Trump menanam rambut. Dia turut menyatakan Trump mempunyai rambut yang panjang dan dia menyikatnya secara lurus.


"Apabila dilihat pada rambutnya, ianya tidak digunting oleh pendandan, dan warnanya juga tidak sekata. Mungkin isterinya atau anak perempuannya yang menggunting rambutnya," kata Amy.

Trump telah menyikat rambutnya dengan cara yang sama sejak tahun 1980.

Malah, Trump akan tiba di set penggambaran dengan rambut yang telah digayakan, tetapi Amy bertanggungjawab memastikan keadaan rambut itu mengikut kesukaan Trump.




Dikuasakan oleh Blogger.