Header Ads

J.K. Rowling Hilang Status Jutawan Kerana Sikapnya


J.K. Rowling antara salah seorang yang paling kaya pada tahun 2011, tetapi sejak dari itu, kekayaannya mula berkurangan sehingga dia tidak lagi bergelar jutawan.

Dia juga antara 129 orang yang dikeluarkan daripada senarai tersebut tetapi atas alasan yang sedikit berbeza berbanding alasan biasa. Ini kerana wanita berumur 51 tahun ini telah menggunakan wangnya sebanyak $160 juta untuk kebajikan dan membayar cukai tinggi British.

J.K. tidak bersedih, malah berasa bangga dengan keputusannya. Dia berkata:

“You have a moral responsibility when you’ve been given far more than you need, to do wise things with it and give intelligently.”

Kebanyakan penerima hartanya ialah kebajikan yang membantu ibu atau bapa tunggal; mereka menawarkan kemudahan penjagaan anak dan membantu ibu atau bapa tunggal mencari pekerjaan atau memasuki pendidikan.


Dia juga menulis buku untuk kebajikan seperti "Fantastic Beasts and  Where to Find Them", "The Tales of Beedle the Bard", dan "Quidditch Through the Ages". Buku-buku ini telah berjaya memperolehi hampir $30 juta.

Dia benar-benar satu inspirasi. Jika semua orang sepertinya, dunia ini akan menjadi lebih baik.
Terima kasih J.K. Rowling!



Dikuasakan oleh Blogger.