Header Ads

Ini Sebab Mengapa Anda Tidak Sepatutnya Menyilangkan Kaki!


Menyilangkan kaki anda pada bahagian lutut adalah satu gaya yang biasa dilakukan apabila dalam keadaan duduk; ramai yang melakukannya secara automatik. Posisi ini dilihat sebagai elegan dan seksi, dan sering dikaitkan dengan menjadi "feminin" dan "ladylike".

Kita sering terbiasa dengan keadaan ini, tetapi ramai yang tidak tahu bahawa posisi ini boleh mendatangkan kesan yang serius terhadap kesihatan dan badan kita.

Jadi, kami ingin berkongsi beberapa informasi yang penting tentang posisi ini, supaya anda tahu cara mengelakkan masalah pergerakan dengan satu cara mudah.


Betul, ramai perempuan kelihatan cantik dengan cara duduknya. Namun, ini yang berlaku pada badan anda jika anda duduk sebegitu dalam keadaan yang lama:

1. Kekal dalam posisi tertentu berjam-jam lamanya boleh membawa kepada keadaan yang dipanggil peroneal nerve paralysis atau palsy (lumpuh). Posisi silang kaki adalah yang berkemungkinan paling tinggi menyebabkan masalah ini.

2. Pada tahun 2010, beberapa kajian membuktikan jika anda duduk dalam masa yang lama dengan menyilangkan kaki, tekanan darah dalam badan anda akan meningkat.

Walaupun anda tidak mempunyai masalah dengan tekanan darah anda, mengelakkan dari duduk dengan posisi ini dapat membantu anda menjalani kehidupan yang lebih sihat dan masalah pergerakan pada masa akan datang.

Salah satu sebab tekanan darah anda meningkat kerana senaman isometrik pada otot kaki (senaman apabila sendi tidak bergerak dan otot tidak berubah dari segi panjang) meningkatkan halangan untuk pengaliran darah. Oleh itu, menyilangkan kaki pada buku lali tidak sama kesannya apabila menyilangkan kaki atas kaki yang lain.


3. Posisi ini juga boleh membawa kepada ketidakseimbangan pelvik, yang mana membuatkan otot peha kaki di bawah lebih pendek dan otot peha di atas lebih panjang. Ini boleh menyebabkan sendi berisiko untuk keluar dari tempatnya.

Satu kajian menunjukkan jika duduk dalam posisi ini selama lebih daripada tiga jam sehari boleh mengakibatkan postur membongkok, sakit pada tengkuk dan belakang, serta ketidakselesaan pada pinggul.
Dikuasakan oleh Blogger.