Header Ads

Ibu Kepada Kembar Tiga Meninggal Ketika Menyambut Krismas Pertama Anaknya


Rachel Park, 39, dan suaminya menyambut Krismas dengan gembira bersama-sama anak-anak mereka kerana dibenarkan pulang ke rumah. Tiga kembar itu terpaksa tinggal di hospital selama 10 bulan kerana kelahiran pramatang.

Namun, dikhabarkan Rachel mati secara tiba-tiba di rumahnya di Bransty, Whitehaven selepas bercakap tentang keseronokan menyambut Krismas.

Satu pengumuman melalui Facebook telah dibuat untuk meminta sumbangan supaya dapat membantu memberikan sokongan kepada keluarga itu.

Tiga kembar yang diberikan nama Poppie, Mollie, dan Evelyn dilahirkan 14 minggu lebih awal pada 11 Mac, kerana Rachel menghadapi masalah tekanan darah yang meningkat disebabkan kegagalan buah pinggang dan hati untuk berfungsi dengan baik.





Dikuasakan oleh Blogger.