Header Ads

Hanya di Jepun : Hospital untuk Anak Patung


Seiko Kita telah membawa anak patungnya yang berusia tiga tahun ke salah sebuah hospital di Osaka untuk merawat luka, termasuklah kerosakan di telinga dan bahagian lain. Dia tidak menyangka khidmat tersebut sangat memuaskan!

Hospital Nuigurumi ialah sebuah hospital yang ditubuhkan untuk menyelamatkan anak patung.



Malah, pihak hospital sangat berbangga dengan taraf hospital yang dilengkapi dengan kemudahan terbaik iaitu dengan penjagaan berkualiti tinggi, "doktor" yang berkemahiran, jururawat yang menenteramkan serta suasana yang mesra dan bersih.

Hospital ini mula dibuka pada tahun 2014 dan hanya menerima pesakit melalui tempahan.

Sehingga kini, sebanyak 800 "pesakit" telah dimasukkan ke hospital dari Jepun serta luar negara. Pihak hospital juga menyediakan khidmat membersih dan membaiki anak patung yang telah koyak, atau kekurangan anggota badan.



Dikuasakan oleh Blogger.