Header Ads

Hampir Seluruh Dunia Kecoh Tentang "Om Telolet Om", Tapi Apakah Ia?


"Om Telolet Om" merupakan satu ungkapan yang dijerit oleh remaja Indonesia pada pemandu bas, kerana bas di Indonesia mempunyai bunyi hon yang menghiburkan.

Untuk maksud yang lebih terang, "telolet" merupakan bunyi untuk hon bas, sedang "om" pula adalah panggilan kepada "pakcik".

Jadi, "om telolet om" secara kasarnya berbunyi "pakcik hon pakcik"
 Dua hari yang lepas, laman sosial kecoh dengan ungkapan "om telolet om" ini sehingga banyak ahli DJ dan ahli musik yang lain tertanya-tanya apakah semua ini. Sehinggakan Spotify Indonesia juga mengiktiraf kuasa misteri itu.

Ini pula antara remix yang telah direka oleh DJ Firebeatz menggunakan contoh bunyi hon bas serta digabungkan bunyi bersama lagu daripada Calvis Harris dan Tiesto.



Tidak terlepas juga antara tweet-tweet orang luar yang mencuit hati berkenaan fenomena ajaib ini.
Dari sudut kejiranan pula, ada yang cuba menimbulkan keragauan menyatakan bahawa fenomena "om telolet om" ini asalnya dari Malaysia.





Dikuasakan oleh Blogger.