Header Ads

Gempa Bumi di Indonesia Tidak Berisiko Untuk Tsunami


Gempa bumi bawah laut telah menyebabkan kematian sekurang-kurangnya 24 orang dan ramai yang terperangkap dalam runtuhan.

Gempa dengan 6.4 magnitud itu berlaku berhampiran bandar Sigli di Pulau Sumatra.


Agensi meteorologi Indonesia mengatakan gempa bumi tersebut tidak berisiko untuk menyebabkan tsunami.

Kejadian tersebut berlaku pada hari Selasa, jam 10 malam waktu tempatan pada kedalaman 17.2km.

Gempa tersebut mengejutkan penduduk di Banda Aceh menyebabkan ramai yang lari menyelamatkan diri. Pulau Sumatra juga telah mengalami beberapa gempa sepanjang tahun ini.


Dikuasakan oleh Blogger.