Header Ads

Disyaki Membuat Kekecohan, Adam Saleh Dihalau Keluar dari Penerbangan Delta


Seorang Youtuber terkenal, Adam Saleh, yang dikenali dengan gurauannya, mengatakan dia dihalau keluar dari kapal terbang Delta di London kerana telah bertutur dalam bahasa Arab dan aduan penumpang lain. Dia telah memuat naik video dirinya bersama rakannya, Slim Albaher, 22. Namun, menurut syarikat penerbangan itu dan penumpangnya, insiden itu adalah satu provokasi.

Penerbangan itu ditangguhkan selama 53 minit sementara pegawai syarikat menyelesaikan insiden tersebut.


Dalam satu kenyataan bertulis, syarikat penerbangan itu menjelaskan bahawa penumpang itu dihalau kerana mengganggu kabin dengan kelakuan mengancam, termasuklah menjerit.

Delta mementingkan keselamatan dan keselesaan penumpang dan pekerja. Individu tersebut telah menimbulkan ancaman terhadap keutamaan itu.

Seorang penumpang wanita yang tidak ingin dikenali namanya, mengatakan insiden itu bermula apabila Adam mengangkat genggaman tangannya ke udara dan mula bercakap dalam satu bahasa, sebahagian memberitahu ianya bahasa Arab.

Adam melakukannya sekurang-kurangnya tiga kali, sehingga menimbulkan rasa tidak selesa seorang wanita bersama anaknya. Penumpang lain menyokong wanita tersebut dan meminta untuk mengeluarkan Adam dari kapal terbang itu.

Adam sebaliknya mengatakan insiden itu bukan satu prank. Namun, ramai, termasuk Delta yang menyedari Adam itu prankster.
Dikuasakan oleh Blogger.