Header Ads

Diejek Gemuk Oleh Suami Yang Curang Dan Kekasihnya, Dia Tekad Melakukan Perubahan. Lihat Hasilnya!


Seorang ibu melakukan perubahan pada dirinya selepas mendapati suaminya curang. Malah, suami dan kekasih kepada suaminya menggelarnya 'fat f**k'.

Betsy Ayala, 34, dari Houston, Texas, mencecah berat 119kg selepas melahirkan anak perempuannya, Isabella, pada tahun 2013.

Enam bulan kemudian, pengurus pemasaran itu mendapati bekas suaminya menjalinkan hubungan dengan wanita lain, dan menjumpai mesej yang mengutuk berat badannya.

Walaubagaimanapun, ibu yang tabah ini berazam tidak akan mengalah dan mula bersenam bersama adiknya, dan menukar gaya pemakanannya.


Kini, ibu tunggal ini sentiasa ke gym enam kali seminggu. Beratnya sekarang adalah 72kg. Malah, dia turut menganggap kecurangan suaminya itu satu perkara yang disyukuri kerana memberinya permulaan baru yang sering diharapkan.

Dia sering menangis setiap kali selepas bersenam tetapi tetap meneruskan perjuangannya demi diri sendiri dan anaknya. Dia ingin menjadi contoh buat anaknya dan membuat dirinya bangga.



Lihat videonya ketika bersenam:

Dikuasakan oleh Blogger.