Header Ads

Dicemuh di Media Sosial, Ini Yang Dilakukan oleh Kerajaan Arab Saudi


Seorang tukang cuci di ibu negara Arab Saudi diberikan set barang kemas diperbuat daripada emas dan dijanjikan sejumlah wang selepas diejek di media sosial apabila gambarnya yang sedang merenung ke kedai barang kemas tersebar.

Seorang pengguna Instagram telah mencemuh tukang cuci tersebut, yang berasal dari Bangladesh tetapi bekerja di Riyadh, dengan meletakkan kapsyen "dia sedang melihat sampah".


Abdullah al Qahtani, pemilik akaun Twitter Ensaniyat, telah memulakan kempen untuk mencari lelaki dalam gambar tersebut.

Pengguna Twitter dapat mengenalpasti lokasi tukang cuci tersebut, Nazer al-Islam Abdul Karim, 65, melalui pantulan yang kelihatan daripada gelas kedai tersebut.


Apabila Abdullah memuat naik gambar Nazer, ramai yang bertanya bagaimana untuk berhubungan dengan Nazer untuk menghadiahkannya set barang kemas, wang, telefon bimbit. Malah, ada yang ingin memberi beras kepadanya.

Nazer sangat gembira dan berterima kasih dengan hadiah tersebut.

Dikuasakan oleh Blogger.