Header Ads

Demi Keluarganya, Lelaki Tua Ini Sanggup Mengangkat Lebih 100kg Tepung Setiap Hari


Syed Abdu Ghanai, atau lebih dikenali sebagai "Ghani Baba" mengangkat lebih 100kg tepung di atas belakangnya setiap hari, sejauh satu km ke kedai roti walaupun upahnya tidak seberapa.

Ghani Baba telah melakukan kerja ini sejak 25 tahun yang lalu. Ketika mengangkatnya, dia akan berehat seketika sepanjang perjalanan dan akan bangun semula dengan pertolongan orang lain untuk menyambung perjalanannya.

Dia memperoleh RM13 sehari dan membelanjakan wang tersebut dengan membeli makanan untuk keluarganya. Selepas selesai kerjanya, dia akan ke pasar untuk membeli bawang dan ubi kentang untuk anak-anaknya.

Ghani Baba tidak suka meminta-minta dan dia mampu untuk bekerja. Dia juga berasa bangga dapat menyara keluarganya.

Lihat video ini :

Dikuasakan oleh Blogger.