Header Ads

Budak Lelaki 12 Tahun Ini Lebih Suka Bersendirian Di Biliknya. Ini Sebabnya


Di usia begini, ramai yang lebih gemar bermain bersama rakan tetapi Campbell Remess lebih gemar menghabiskan masanya bersendirian dengan membuat anak patung untuk kanak-kanak lain yang berada di hospital.

Dia mula belajar menjahit ketika berumur 9 tahun dan telah menggunakan bakatnya itu untuk menceriakan kanak-kanak lain di hospital di Hobart, Tasmania.


Tukang jahit cilik ini telah membuat lebih 800 anak patung untuk wad kanak-kanak di Hospital Royal Hobart.

Ramai yang menderma untuk projek ini tetapi dia akan menggunakan duit poketnya untuk membeli fabrik.


Lihat videonya :

Dikuasakan oleh Blogger.