Header Ads

Berapa Kerap Sepatutnya Anda Mencuci Rambut?


Rambut adalah sebahagian identiti yang penting bagi sesetengah orang, dan mempelajari cara menjaganya mengambil masa bertahun-tahun. Ramai yang tertanya-tanya kekerapan mencuci rambut.

Syampu tidak digunakan secara meluas sehinggalah awal kurun ke-20. Apabila telah digunakan secara meluas, ada yang menasihatkan wanita untuk mencuci rambut mereka setiap dua minggu berbanding sekali dalam sebulan.

Jadi, mengapa kita memerlukan syampu dan berapa kalikah kita harus menggunakan syampu?

Rambut anda berminyak kerana pengembangan sebum (rembesan berminyak) daripada kelenjar sebum yang wujud di semua tempat kecuali tapak tangan dan tapak kaki.

Syampu digunakan untuk menghilangkan minyak yang terkumpul pada rambut. Itulah tugas syampu, dan kekerapan penggunaannya bergantung pada gaya dan jenis rambut.

Rambut yang elok dan lurus membolehkan minyak tersebar dengan lebih cepat, manakala rambut yang lebih keriting dan lebih lebat adalah kering kerana sebum sukar untuk sampai ke kelenjar.


Rambut yang lebih lurus dan lebih elok perlu dicuci dengan lebih kerap, manakala yang lebih keriting dan kasar dicuci setiap 3 hari sekali untuk mengelakkan rambut rosak.

Rambut yang keriting, panjang, dan lebat, malah memerlukan perbelanjaan yang banyak dalam menjaganya, satu pembasuhan dalam seminggu sudah memadai.

Seorang pendandan rambut memberitahu, perapi tidak perlu digunakan dalam waktu yang sama dengan syampu. Ini kerana syampu membersih, manakala perapi bertindak sebagai menambahkan tekstur dan berat.


Mereka yang menginginkan rambut lurus dengan gaya "heavy" boleh mencuci setiap hari, tetapi menggunakan perapi dalam setiap empat hingga lima hari, atau satu atau dua kali untuk gaya "light".

Mereka yang mempunyai rambut beralun boleh mencuci tiga kali dalam seminggu, dan menggunakan perapi dalam satu atau dua kali apabila rambut kelihatan kering.

Rambut yang keriting boleh dirawat menggunakan syampu pelembap tidak lebih daripada dua kali seminggu, dan perapi satu atau dua kali seminggu.



Dikuasakan oleh Blogger.