Header Ads

Bagaimana Hubungan Tiga Hala Rusia-Turki-Iran Membuahkan Hasil Buat Syria

Menteri Luar Negeri Iran, Mohammad Javad Zarid, Menteri Luar Negeri Rusia, Sergei Lavrov, dan Menteri Luar Negeri Turki, Mevlüt Çavuşoğlu.

Presiden Rusia, Vladimir Putin mengatakan para pemimpin Turki dan Iran turut menyumbang dalam pembebasan Aleppo.

Beliau turut memuji peranan format tiga hala Rusia-Iran-Turki yang sentiasa berusaha untuk menamatkan peperangan di Syria.


Dalam sebuah temuramah bersama Sputnik versi Parsi, seorang pakar dalam politik serantau dan global dari Iran, Farzad Ramazani Bonesh juga menyatakan kepentingan hubungan tiga hala itu.

Hubungan ini akan menjadi sangat berkesan dengan kuasa yang diberikan kepada Ankara ke atas kumpulan pembangkang sederhana di utara Syria dan pengaruh yang hebat oleh Rusia dan Iran di Damsyik. Oleh itu, hubungan ini menjadi kunci untuk mengakhiri konflik di Syria dan menstabilkan keadaan peperangan yang melanda negara Arab.


"Jika pihak berkuasa Turki menamatkan sokongan mereka terhadap 'pejuang sederhana' di bahagian utara, menutup sempadan, dan membendung arus pejuang baru untuk masuk ke Syria, ini akan menjadi satu langkah yang besar ke arah keamanan dan kestabilan yang berkekalan di Syria," tegasnya. "Peranan mereka pula, Iran dan Rusia bertindak sebagai orang tengah dan penjamin kepada dialog keamanan antara pembangkang dan Presiden Bashar Assad," ujarnya lagi.

Dikuasakan oleh Blogger.