Header Ads

AirPods Keluaran Apple Boleh Didapati Bermula 21 Dis


AirPods keluaran syarikat Apple kini boleh ditempah daripada kedai online milik syarikat tersebut dengan harga $159 (RM705), berikutan spekulasi tentang tarikh tepat pelancaran headphones tanpa wayar itu. Pada awalnya, AirPods tersebut dikatakan akan dilancarkan pada penghujung Oktober tetapi ditangguhkan.

Mengikut siaran akhbar yang rasmi, Apple memaklumkan AirPods akan mula tiba di peruncit Apple, penjual yang berautoriti, dan pengedar terpilih bermula minggu hadapan. Apple menggalakkan pelanggan memeriksa di kedai online untuk memastikan tersedianya stok dan penghantaran kerana kuantiti yang terhad.


Headphones yang menggunakan Bluetooth itu membolehkan pengguna mendengar muzik lebih 5 jam dan kualiti bunyi yang tinggi. Untuk mengecas AirPods, travel case itu juga berfungsi sebagai pengecas selama 24 jam untuk jangka hayat bateri.



Cip W1 yang baru membolehkan AirPods tersebut berhubung secara automatik apabila kotak pengecas tersebut dibuka berhampiran dengan alat iOS. Apabila AirPods berada di telinga pengguna, ia boleh mengesan jika pengguna sedang mendengar dan akan memberhentikan muzik seketika jika tidak digunakan.

Lightning cable juga disediakan untuk mengecas kotak simpanan tersebut, dan headphones itu memerlukan alat Apple yang menggunakan iOS 10, watchOS 3 atau macOS Sierra.
Dikuasakan oleh Blogger.