Header Ads

8 Perkara Yang Perempuan Bijak Tidak Akan Lakukan Terhadap Pasangannya


Sesuatu perhubungan itu gagal disebabkan beberapa faktor. Satu kesalahan yang biasa dilakukan ialah apabila seorang lelaki atau wanita yang berada dalam perhubungan, percaya bahawa pasangan mereka berhutang sesuatu dengan mereka.

Hubungan yang berjaya adalah berdasarkan saling mempercayai dan saling menghormati, termasuklah menghormati sempadan.

Ini lapan perkara yang wanita bijak tidak akan tuntut daripada pasangannya.

1. Dia tidak akan meminta lelaki itu menjauhkan diri daripada keluarga serta rakannya.

Seorang wanita yang bijak tidak akan masuk campur hubungan pasangannya bersama keluarga atau rakan-rakan. Walau apa pun yang wanita itu rasa terhadap mereka, dia tahu bahawa lelaki itu tidak seharusnya berhenti berhubungan dengan mereka kerana dirinya. Orang yang disayangi lelaki itu adalah penting , maka wanita yang bijak tahu bahawa memisahkan mereka akan menyakiti lelaki itu.

2. Dia tidak akan meminta lelaki itu berputus asa dengan minatnya.


Sama ada meluncur, memburu, melukis, mengembara, atau menyertai band, seorang wanita yang bijak tidak akan pernah meminta lelaki itu berhenti daripada minatnya. Menjauhkan diri seseorang daripada minatnya dapat menjatuhkan semangatnya. Malah, seorang wanita yang bijak akan sedar permintaannya itu akan membuatkan lelaki itu tidak gembira.

3. Dia tidak meminta lelaki itu untuk menjaganya.

Sebahagian wanita mengharapkan pasangan mereka untuk menanggung segala perbelanjaan, memasak untuk mereka, menghiburkan mereka, dan sentiasa berada di sisi mereka. Seorang wanita yang bijak adalah orang yang berdikari. Dia menghargai seorang lelaki yang ingin menjaga dirinya, tetapi tidak pernah meminta daripada lelaki itu. Ini kerana wanita itu mampu menjaga dirinya sendiri.

4. Dia tidak cuba untuk mengubah lelaki itu.

Salah satu cara untuk hubungan yang berjaya ialah menerima pasangan anda seadanya. Baik dan buruknya. Seorang wanita yang bijak akan membenarkan pasangannya menjadi dirinya sendiri. Dia cintakan lelaki itu kerana siapa lelaki itu, tabiatnya yang menjengkelkan dan aneh, dan tidak akan cuba untuk mengubah lelaki itu menjadi orang lain.

5. Dia tidak akan meminta lelaki itu mengendahkan wanita lain.


Cemburu adalah emosi biasa dalam manusia. Sukar untuk mengawal perasaan itu, tetapi boleh dikawal bermula dengan kepercayaan. Seorang wanita yang bijak akan mempercayai pasangannya, dan yakin untuk tidak terus membuat konklusi atau mengamuk kerana wanita lain.

6. Dia tidak melepasi sempadan lelaki itu.


Ramai yang mempunyai sempadan dalam hubungan mereka. Seorang wanita yang bijak akan tahu sempadan pasangannya dan menghormati sempadan itu dengan tidak melebihinya. Dia juga tidak akan mempersoalkan atau memandang rendah kepercayaan lelaki itu. Dia tidak akan melihat mesej atau emel lelaki itu tanpa pengetahuannya. Malah, dia tidak akan muncul ketika lelaki itu sedang bermesyuarat tanpa memaklumkan terlebih dahulu.

7. Dia tidak akan memaksa lelaki itu untuk berkongsi minatnya.

Seorang wanita yang bijak tidak akan memaksa pasangannya untuk mengajak dirinya dalam setiap perkara yang dilakukan lelaki itu. Jika lelaki itu keluar bersama-sama pada malam Rabu, dia akan menerimanya. Dia juga tidak akan kecewa jika tidak dijemput apabila lelaki itu keluar bersama adiknya. Selain itu, dia tahu bahawa adalah tidak mustahil untuk tidak berkongsi minat dan masih mempunyai hubungan yang berjaya.

8. Dia tidak meminta semua waktu lelaki itu.

Seorang wanita yang bijak tahu bahawa dirinya adalah bahagian yang penting dalam kehidupan pasangannya. Begitu juga dengan keluarga pasangannya, hobi, kawan-kawan, dan karier. Dia juga sukakan meluangkan masa dengan pasangannya tetapi tidak meminta semua waktu lelaki itu. Dia tahu mereka tidak perlu bersama 24/7 untuk mencipta hubungan yang bahagia dan sihat.

Dikuasakan oleh Blogger.