Header Ads

8 Perkara Yang Anda Tidak Tahu Tentang Malaysia


Malaysia merupakan salah satu permata tersembunyi Asia.

Ramai yang sering terlepas pandang dengan negara ini kerana perbezaan prestij ekonomi dengan Singapura, dan destinasi pelancongan yang kurang dikenali berbanding Thailand dan Indonesia.

Tetapi, Malaysia sebenarnya negara yang kaya dengan sejarah, orang yang hebat, dan makanan yang enak.

Ini beberapa perkara yang ramai tidak tahu tentang Malaysia :

Malaysia antara negara paling pelbagai di Asia


Separuh daripada 31 juta rakyat Malaysia adalah kaum Melayu, diikuti dengan kaum Cina 23 peratus, dan kaum India 7 peratus.

12 peratus lagi terdiri daripada pelbagai kaum, termasuklah di kepulauan Borneo.

Kepelbagaian ini yang membuatkan Malaysia diwarnai dengan agama, makanan, bahasa, dan budaya yang berbeza-beza.

Pulau Pinang, street food terbaik di Asia



Sepanjang perjalanan di George Town, anda akan mendapati pelbagai gerai yang menawarkan segalanya, baik dari samosa, mi kari yang pedas, sehinggalah pencuci mulut seperti cendol.

Bunga terbesar berada di Malaysia



Bunga rafflesia merupakan bunga paling terkenal di Malaysia.

Seorang lelaki mendapat ancaman maut kerana mengadakan program memelihara anjing



Pada 2014, satu program yang mana orang Islam dapat menyentuh dan memelihara anjing buat kali pertama dan mempelajari cara pembersihan selepasnya.

Penganjur program, Syed Azmi Alhabshi menerima ancaman maut daripada beberapa orang Islam di Malaysia kerana merasakan lelaki tersebut menghina agama.

Raja buah ditanam di Malaysia - tetapi ramai yang tidak menyukainya



Durian, atau dikenali dengan 'raja segala buah'. Ramai yang tidak boleh menerima baunya sehinggakan dilarang di kebanyakan hotel di Malaysia.

Pemain Terbaik Badminton ialah warganegara Malaysia



Lee Chong Wei telah mendominasi dunia badminton sejak 10 tahun yang lalu.

Dia menduduki tempat pertama dalam Persatuan Badminton Sedunia.

Walaupun sukan bola sepak adalah paling terkenal di Malaysia, namun sukan badminton sebenarnya lebih jauh mendominasi. Pemain badminton telah memenangi lapan pingat daripada 11 pingat Olympics.

Syarikat penerbangan bajet bertaraf dunia



Dengan AirAsia, anda boleh menjelajah lebih 20 negara , dan selalunya dengan harga bawah RM500 untuk perjalanan pergi dan balik.

AirAsia memenangi anugerah Skytrax untuk Syarikat Penerbangan Kos Rendah Terbaik selama 8 tahun berturut-turut.

Dan semestinya, syarikat penerbangan ini adalah "bajet" dalam apa jua cara.

Ayat biasa yang selalunya mempunyai empat bahasa



Dengan etnik yang pelbagai, tidaklah menghairankan jika mempunyai banyak bahasa.

Bahasa Inggeris yang menjadi salah satu bahasa pertuturan di Malaysia, atau dikenali dengan Manglish, menggabungkan tatabahasa dan perkataan daripada pelbagai bahasa.

Ayat yang biasa digunakan seperti "Wei macha, you want makan here or tapau?", sering digunakan dan mengandungi perkataan daipada bahasa Tamil, Inggeris, Melayu, dan Cina.

Dikuasakan oleh Blogger.