Header Ads

7 Tanda Anda Telah Mengharungi 2016 Dengan Jayanya


7 tanda yang anda telah mengharungi 2016 dengan jayanya, walaupun anda tidak berfikiran begitu

Sepanjang tahun 2016 yang anda telah lalui ini, anda mesti beranggapan yang tiada apa yang baik pun yang berlaku pada tahun ini. Tiada apa yang istimewa.
Hutang keliling pinggang. Bercinta, putus.

Anda mungkin telah terlepas pandang perkara-perkara tertentu jika anda tidak fikir anda telah melakukan dengan baik tahun ini.

Ini tujuh perkara untuk mensyukuri dan bukti bahawa hidup anda berada di landasan yang betul.

1.Anda masih hidup!

Anda masih hidup di era kurun ke-21 yang penuh dengan keterujaan.Dan masih ramai orang yang sedar dan merasai kewujudan anda.



2.Anda masih mempunyai tempat berteduh

Tidak kira besar ataupun kecil rumah yang anda diami itu, tapi ia tetap dikira sebagai rumah, bukan?

3.Anda disayangi

Bila anda hubungi keluarga, anda tahu yang mereka akan sentiasa ada bersama anda.
Rakan juga tidak pernah melupakan anda.Dan tidak pernah lokek untuk menghulur bantuan bila
anda perlukan mereka.

4.Anda ada makan pakai yang cukup

Anda tak perlu risau tentang bagaimana atau bila anda mampu untuk mendapatkan makanan seterusnya. Anda tak perlu mengikat perut dan ada saja bekalan makanan.

5.Anda telah cuba perbaiki hidup

Anda sedar yang anda bukanlah sempurna.Tapi anda dah cuba sebaiknya!

6.Anda gagal tapi anda masih terus berjuang

Ya, anda telah jatuh berkali-kali. Tapi anda masih punyai kekuatan untuk bangkit dari kejatuhan dan berdiri semula



7.Anda seorang pemaaf

Manusia tidak lari dari melakukan kesilapan bukan?
Ya,anda bijak kerana anda telah memaafkan mereka dan terus maju ke hadapan!

Jadi tahniah! Anda sebenarnya telah hidup dengan hebat pada 2016 ini!
Terus memberi tumpuan pada yang positif. Dunia ini masih indah
dan kini adalah masa anda untuk menjadikannya tempat yang lebih baik untuk didiami.
Dikuasakan oleh Blogger.