Header Ads

7 Jenis Hubungan Rakyat Malaysia Dengan Telefon Mereka


Pada zaman sekarang, teelfon pintar merupakan sebahagian dalam kehidupan kita. Telefon juga merupakan pembantu yang sentiasa di sisi dan sentiasa membantu apabila diperlukan, seperti "Google" perkara yang anda tidak tahu, menjadi penterjemah bahasa, dan mengemaskini berita terkini.

Jadi, telefon pintar ini lebih daripada sekadar alat komunikasi. Maka, tidak hairanlah bagaimana kita dapat mencipta hubungan bersamanya. Seperti perhubungan yang lain, ini ada beberapa jenis hubungan yang kita lalui, atau kita lihat.

1. Pasangan kekasih



Mereka yang tergolong dalam kumpulan ini menghargai setiap detik bersama dengan telefon kesayangan, terutama ketika tidur, menjalani kehidupan seharian, dan ketika di dalam tandas!

Setiap saat berjauhan dari 'kekasih' adalah penyeksaan bagi mereka. Jarang untuk lihat mereka berpisah.

2. Penderaan



Mereka yang bersikap kasar ini sering menarik perhatian orang ramai dengan betapa selamba cara mereka melayan telefon. Pasti ada salah seorang rakan anda yang bersikap begini, telefon jatuh dan mereka hanya menggosoknya sahaja.

Malah, selalunya anda terpegun dengan keadaan telefon mereka yang masih berfungsi walaupun sering didera.

3. Mengambil kesempatan



Memandangkan telefon pintar sangat boleh diharapkan, pemiliknya sering mengambil kesempatan terhadap yang tersayang. Sama ada mereka melupakan telefon yang berada di dalam poket, meninggalkan kesan tertentu pada telefon, tidak lupa juga ketika telefon mereka terjatuh ke dalam air.

4. Anak patung Barbie



Anda pasti mempunyai seorang rakan yang sering menukar sarung telefon mereka lebih daripada seorang bayi dengan lampinnya. Daripada rekaan minima sehinggalah kepada bentuk yang luar biasa, mereka akan melakukan apa sahaja untuk menghias bayi mereka.

Malah, tidak menghairankan juga jika bayi mereka bertukar sarung setiap hari.

5. Bertukar pasangan

Mereka sering menukar telefon mereka kepada model terkini. Mereka tidak dapat bertahan selama setahun tanpa menukarnya sekurang-kurangnya sekali.

6. Pasangan yang setia



Bukti kepada kesetiaan, pemilik telefon ini masih menggunakan telefon miliknya, sehinggakan ada yang bertanya, "dah lama ni, elok lagi ke?"

Seperti pasangan yang masih bertahan walaupun diuji, telefon juga mempunyai sedikit retak atau memberi respon yang lambat. Namun, pemiliknya masih sayangkan telefonnya walaupun mempunyai kapasiti simpanan yang terhad.

Biarpun ada keinginan ingin membeli telefon baru, mereka masih tetap dengan apa yang mereka ada.

7. Tidak wujud



Tidak perlu diungkapkan lagi kepentingan telefon pintar pada waktu ini, tetapi anehnya, tidak buat mereka. Anda sering tertanya-tanya apa gunanya memiliki telefon tetapi tidak memberi respon terhadap mesej dan panggilan.

Yang mana satu hubungan anda bersama telefon anda? Kongsikan bersama kami.

Sumber: World of Buzz

Dikuasakan oleh Blogger.