Header Ads

5 Bas Yang Digunakan Untuk Pemindahan Keluarga Terbakar Di Aleppo

Memetik dari berita Daily Mail militan telah membakar sekurang-kurangnya lima buah bas yang ditugaskan untuk memindahkan 2,000 orang yang tercedera dan sakit dari dua buah kampung di utara Syria.

Kejadian ini akan menjadi satu persoalan untuk perjanjian yang lebih besar lebih-lebih lagi tentang usaha untuk memindahkan orang awam.

Hizbullah, kumpulan militan Lubnan yang berjuang bersama kerajaan Syria, berkata, bas telah dibakar sewaktu pertempuran antara al-Qaeda-dan kumpulan pemberontak yang menyokong akan pemindahan.

Pihak pemerhati berkata enam kenderaan telah dibakar ketika pertempuran manakala pihak Hizbullah mengatakan ia sebenarnya lima kenderaan.






Dikuasakan oleh Blogger.