Header Ads

13 Perkara Termahal Di Dunia, Setem Bernilai RM10 Juta


Sementara kebanyakan dari kita masih mencari pilihan mana yang lebih berbaloi untuk berbelanja demi penggunaan masa hadapan, terdapat manusia diluar sana yang membelanjakan hanya pada makanan untuk nilai mencecah ribuan ringgit atau mungkin kenderaan sehingga menelan belanja berjuta-juta.

Bagaimana mereka peroleh duit sebegitu banyak siapalah kita untuk persoalkan, mungkin kelak kita satu hari akan ada rezeki merasai nikmat sedemikian rupa, insyaAllah.

Berikut kami kongsikan antara perkara-perkara yang dibelanjakan terlalu mahal di dunia.

Kereta Termahal Dunia


Bloomberg melaporkan pada Oktober 2013, terdapat seorang pembeli yang tidak dikenali membeli sebuah kereta lumba Ferrari 250 GTO keluaran 1963 dengan harga RM232.882 juta (US$52 juta ) menjadikan ia sebagai kereta termahal di dunia.

Pada mulanya kereta itu dimiliki oleh Paul Pappalardo, seorang pengumpul dari Connecticut, USA.

Pizza Termahal Dunia


Pizza ini boleh didapati di Restoran Gordon Ramsey's Maze, London dengan harga mencecah RM600 (US$150)

Sup Termahal Dunia



Restoran Kai Mayfair di London menghidangkan sup termahal di dunia iaitu sup "Buddha Lompat Atas Dinding" (Buddha Jumps Over The Awal) dengan harga RM850 (Usd$190) semangkuk.

Sup tersebut mengandungi pelbagai bahan-bahan seperti sirip ikan yu, cendawan, bunga Jepun, gamat, ayam, huan ham, daging khinzir serta ginseng.

Pos Setem Paling Mahal



Seorang pelelong dari Geneva, Switzerland, David Feldman telah menjual setem kuning Sweeden ini dengan harga RM10 Juta ($US 2,244,403).

14 tahun kemudian, setem tersebut dijual kembali dengan harga yang lebih tinggi, namun harga jualan tidak diumumkan.

Kostum Termahal Dari Filem


Pakaian hitam yang dipakai oleh Audrey Hepburn dalam filem tahun 1961 berjudul Breakfast at Tiffany's telah dilelongkan dengan harga hampir RM4juta (US$924,347) di London pada 5 Disember 2006.

Pakaian tersebut telah direka oleh Hubert de Givenchy.

Alat Muzik Paling Mahal Di Jual



Pelelong dengan menjual violin Stradivarius yang diberi nama Lady Blunt dengan harga RM71 juta (US$15.875 juta) di London pada 20 Jun 2011.

Sarung Tangan Termahal 


Sepasang sarung tangan ini merupakan milik "Raja Pop" iaitu Michael Jackson yang dilelongkan dengan harga RM1.8 juta (US $420,000) di Manhattan, USA.

Sushi Termahal



Chef Angelito Araneta Jr dari Filipina ini pernah menghidangkan sushi termahal pada tahun 2010 yang lalu.

Sushi tersebut dihiasi dengan berlian dan dibungkus dalam daun emas 24-karat ini bernilai RM8,800 (US $1978) setiap satu.

Ikan Tuna Termahal



Seekor ikan tuna sirip biru ini ditangkap di Aomori, Jepun, telah dilelong pada harga RM7.908 juta (US $1,767,370) di pasar ikan Tsukiji, Tokyo, Jepun, pada 5 Januari 2013.

Ikan tersebut mempunyai berat sehingga 222kg.

Minyak Wangi Termahal



Clive Christian telah melancarkan minyak wanginya di London pada November 2015.

Terdapat beberapa botol koleksi terhad telah dijual dengan harga RM800,000 (usd $205,000) bagi setiap 500ml.

Ianya dihantar menggunakan kereta Bentley. Minyak wangi itu dibungkus dalam kristal flacon Baccarat, yang dihiasi dengan berlian putih lima karat dan kolar emas 18 karat.

Ciuman Termahal


Joni Rimm dari USA telah membayar RM223,775 (US$50,000) untuk sebuah ciuman bersama pelakon Hollywood Sharon Stone.

Ciuman tersebut telah dilelongkan di Los Angeles, USA, pada Ogos 2003.

Bilik Air Termahal


Bilik air termahal ini telah dibina oleh tukang emas, Lam Sai-Wing di Hong Kong pada Januari 2001.

Bilik airnya diperbuat daripada emas, nilam, delima dan ambar yang menelan belanja sehingga RM15 juta (US3.5 juta)


Dikuasakan oleh Blogger.