Header Ads

Wanita Tertua di Dunia Membongkarkan Apa Yang Dimakan Setiap Hari


Emma Morano yang berasal dari Verbania, Itali dilahirkan pada 29 November 1899. Wanita yang berumur lebih 100 tahun ini digelar Manusia Tertua di Dunia pada bulan Mei selepas bekas pemegang gelaran tersebut, Susannah Mushaat Jones meninggal dunia.

"Saya hanya makan dua biji telur sehari dan itu sahaja," kata Emma. "Dan saya makan biskut."


Dia telah berdekad mengamalkan makan dua biji telur mentah sejak seorang doktor memberitahunya cara tersebut dapat membantu anemia. Emma juga mengatakan dia dapat hidup lama kerana tidak 'didominasi' oleh sesiapa dan hidup bersendirian sejak bercerai ketika lewat 30an.

Carlo Bava, doktor kepada Emma, mengatakan bukan hanya umurnya yang menakjubkan, malah semangatnya juga begitu.
Dikuasakan oleh Blogger.