Header Ads

Wanita 70 Tahun Ini Wanita Tertua Melahirkan Anak


Seorang wanita di India dapat mencipta rekod sebagai seorang wanita yang paling tua melahirkan anak.

Daljinder Kaur telah melahirkan seorang anak lelaki yang diberi nama Arman (membawa maksud "hajat" dalam bahasa Hindi) pada 19 April.


Arman merupakan anak pertama untuk Daljinder dan suaminya, Mohinder Singh Gill, 79, selepas hampir lima dekad usia perkahwinan mereka.

Walaupun mereka telah mengalami dua kali kegagalan menggunakan rawatan IVF, mereka tetap tidak berputus asa. Mereka juga enggan mengambil anak angkat kerana mereka yakin dengan kuasa Tuhan.

10 tahun yang lalu, seorang wanita India juga pernah melahirkan seorang anak perempuan ketika berumur 70 tahun selepas mendapat rawatan di klinik yang sama.

Dikuasakan oleh Blogger.