Header Ads

Seorang Petani Terkandas Akibat Ditipu. Ini Yang Dilakukan Dengan 32,000kg Ubi Kentang Miliknya


Seorang petani yang hanya dikenali sebagai Ma dari daerah Qinghai, China. Ma yang berumur 60 tahun ingin menjual ubi kentang di Shenzhen untuk harga yang lebih tinggi berbanding di tempatnya.

Perjalanan ke Shenzhen mengambil masa empat hari empat malam, sejauh 2500km.

Namun, setibanya di sana, dia telah diusir oleh pemilik pasar raya yang mengatakan ubi kentangnya berkualiti rendah untuk dijual di pasar raya tersebut.


Malah, ada spekulasi mengatakan yang dia telah ditipu oleh pengedar tempatan!

Ma telah terkandas dengan 32,000 kg ubi kentang yang tidak terjual. Dia juga telah menghabiskan lebih RM10,280 untuk ke Shenzhen dan kini dia tidak mempunyai wang untuk pulang ke rumahnya.


Dia terpaksa memunggah kargonya dengan harapan ada yang akan membeli. Tetapi, tidak ramai yang membeli kerana kawasan tersebut tidak ramai yang melaluinya.



Selepas beberapa ketika, ramai yang menghampiri dan bertanya apa yang berlaku. Terima kasih kepada seseorang yang berhati mulia telah berkongsi kisah Ma di WeChat sehingga diketahui ramai dan membantu Ma.


Dikuasakan oleh Blogger.