Header Ads

Seorang Ayah Pergi ke McDonald's untuk Menghentikan Pergaduhan Anak-anaknya Tetapi Ini yang Berlaku


Mendidik anak-anak boleh menjadi sukar terutama ketika mendisiplinkan mereka.

Berbeza dengan Lee Wilshire, dia tahu apa yang seharusnya dilakukan untuk membuatkan anak-anaknya, Lydia dan Jake berhenti bergaduh.

Lee bercadang membawa Lydia dan Jake ke McDonald's. Semestinya anak-anaknya akan seronok, bukan? Namun, sebaliknya berlaku kerana ayah mereka hanya membeli makanan untuk dirinya dan tiada apa untuk anak-anaknya.

Lee tidak memesan makanan empat kepingan McNugget, atau kentang goreng mahupun minuman buat mereka. Malah, anak-anaknya akan makan roti dan kacang apabila tiba di rumah nanti.

Lee mengatakan bahawa Lydia memandangnya dengan pandangan yang sangat tajam. Anak-anaknya meminta untuk kembali ke restoran, namun Lee bersikap tegas dengan keputusannya. Kemudian dia menjelaskan kepada anak-anaknya mengapa perkara tersebut terjadi dan mereka tidak akan dapat makan tengah hari yang mereka inginkan sebagai denda.

Akhirnya, Lydia dan Jake menyedari kesilapan mereka.


Dikuasakan oleh Blogger.