Header Ads

Seekor Anjing Aneh Kerap Datang ke Rumah Wanita Ini untuk Tidur. Ini Sebabnya


Seorang wanita melihat seekor anjing yang berkelakuan baik dan mendapat jagaan yang baik namun kelihatan letih di luar rumahnya. Anjing tersebut kemudian mengikutinya masuk ke dalam rumah, dan terus baring di atas lantai untuk berehat.


Selepas anjing tersebut bangun daripada tidur, dia keluar dari rumah tersebut dan begitulah yang berlaku pada setiap hari. 

Kejadian ini berlaku selama beberapa minggu sehingga wanita ini meletakkan nota pada kolar anjing tersebut. Dengan harapan, tuan anjing tersebut akan membaca dan membalasnya. Dia berasa ingin tahu mengapa anjing tersebut selalu datang ke rumahnya untuk tidur.

Ini jawapan tuan anjing tersebut.



"Dia tinggal di rumah bersama dengan 6 orang kanak-kanak, dua daripadanya berumur bawah 3 tahun. Dan dia cuba untuk tidur. Boleh saya datang bersama dengannya pada hari esok?"
Dikuasakan oleh Blogger.