Header Ads

Sanggupkah Anda Menjaga Isteri Anda Yang Lumpuh? Lihat Kisah Lelaki Ini


Inilah kisah seorang suami yang setia menjaga isterinya yang lumpuh, Zhou Yu'ai selama 56 tahun.

Du Yuanfa, seorang petani di China telah membuktikan cinta sebenar itu wujud di dunia ini.

Du dan Zhou telah berkahwin pada tahun 1959, namun selepas lima bulan perkahwinan, Zhou menghidap penyakit misteri dan menjadi lumpuh. Ketika itu, Zhou berumur 20 tahun.


Du pula bekerja di lombong batu arang di bandar berdekatan, dan hanya mengetahui berita tersebut selepas menerima surat daripada keluarganya mengatakan Zhou sakit.

Disebabkan penyakit itu, Zhou tidak mampu memegang objek dan tidak boleh bergerak. Tiada doktor yang dapat mengesan masalah tersebut. Zhou juga tidak dapat mengandung.


Ramai yang mencadangkan untuk Du membatalkan perkahwinannya dan memulakan kehidupan baru. Walaubagaimanapun, Du memilih untuk terus menjaga isterinya.

Jiran tetangga sentiasa menghulurkan bantuan dengan menziarahi dan membantu membelikan barang keperluan pasangan ini termasuklah ubat-ubatan.
Dikuasakan oleh Blogger.