Header Ads

Rusia Kini Bersedia Menjalinkan Semula Hubungan bersama Amerika Syarikat


Presiden Rusia, Vladimir Putin telah menyatakan kesediaan untuk menyambung semula hubungan dua hala dengan Amerika Syarikat.

Beliau yakin dengan keputusan tersebut ketika dialog antara Moscow dan Washington yang saling menjaga pandangan satu sama lain. Bukan sahaja ianya memenuhi kehendak kedua-dua negara, malah seluruh komuniti antarabangsa.

Kemenangan Donald Trump juga akan membuka jalan untuk  dialog yang lebih bernas antara Moscow dan Washington.

Menurut sumber, hubungan AS-Rusia adalah di tahap paling rendah sejak Perang Dingin. Putin telah berulang kali menyatakan hubungan yang semakin buruk itu bukan pilihan mereka.

Jadi, untuk membaikpulih hubungan dua hala tersebut, pihak Amerika Syarikat perlu bertindak seperti rakan dan menghormati kehendak rusia lebih daripada cuba untuk memerintah bersyarat.
Dikuasakan oleh Blogger.