Header Ads

Remaja dengan Sindrom Down Menjadi Seorang Guru

 

Di kawasan kejiranan Shujaiya, Gaza, para pelajar melalui pengalaman yang unik dengan guru mereka, Heba el-Shurafa.

Heba yang kini berumur 27 tahun, menghidap Sindrom Down seperti anak-anak muridnya. Dia berinteraksi dengan para pelajar dengan cara yang lebih mendalam kerana dia mengetahui dan memahami apa yang diperlukan oleh pelajarnya.


Heba mengajar subjek Matematik, Pendidikan Agama, Bahasa Arab, dan cara untuk pelajarnya mengenal nama mereka yang ditulis di atas kad.

Dia juga membuatkan pelajarnya rasa disayangi, dihargai, dan berasa selamat. Dia juga inginkan pelajarnya bahagia seperti yang dia rasakan.


Dikuasakan oleh Blogger.