Header Ads

Rekaan Rumah Ini Akan Membuatkan Penghuninya Sentiasa Tenang


Keluasan rumah ini hanyalah 22 'x 75' iaitu keluasan biasa rumah teres di Malaysia. Ia juga mampu menyerlah seperti rumah moden barat jika memilih pereka dan kontraktor yang betul. 

Reka bentuk mudah ini diubahsuai pada tahun 2015 dengan bertujuan melapangkan ruang dalam rumah berbanding rumah teres sekarang yang mempunyai banyak ruang tertutup. Gaya kontemporari telah dipilih untuk kedua-dua bahagian luar dan dalam rumah. 


Ruang yang digabungkan adalah ruang tamu, ruang makan, dan dapur menjadi satu ruang berada di tingkat bawah sahaja. Di tengah-tengah ruang tersebut juga ada taman mini bagi memenuhi suasana kehijauan dan cahaya semula jadi. 



Sebahagian daripada jubin bumbung telah digantikan dengan polikarbonat yang lutsinar dan strategi ini membolehkan cahaya lebih semulajadi untuk masuk ke dalam ruang dalaman. Permukaan kasar 'cement render' pada dinding konkrit dan lantai menjadi keutamaan warna pada permukaan rumah supaya sepadan dengan kelengkapan perabot antik dan moden. 




Tingkat atas pula ada bilik tidur dan ruang bilik mandi dilengkapi dengan taman mini tersendiri. 



Sumber : BarkathBuilders
Dikuasakan oleh Blogger.