Header Ads

Peniaga Berlian Menghadiahi Pekerjanya sempena Deepavali


Kebiasaannya, para bos di India akan menghadiahi para pekerja mereka sempena Deepavali tetapi tidak ramai yang dapat menandingi kebaikan Savji Dholakia.

Savji memberikan 1,200 buah kereta dan 400 buah pangsapuri kepada 1,700 orang pekerja syarikatnya, yang dipilih daripada 5,500 orang staf kerana menunjukkan kesetiaan, kemahiran, dan nilai-nilai tambahan.


Dua tahun lalu, Savji telah menghadiahkan 1,200 pekerjanya dengan 200 buah pangsapuri, 400 buah kereta, dan 500 set barang kemas mewah.

Kini, apabila syarikatnya yang telah diasaskan selama 25 tahun bersama-sama tiga orang saudara, mereka semakin ingin para pekerja tahu betapa mereka sangat menghargainya.
Dikuasakan oleh Blogger.