Header Ads

Pemandu di China Dipaksa Tenung ke Lampu Kereta


Pihak polis akan mendenda pesalah jalan raya yang menggunakan lampu tinggi. Mereka akan dipaksa  untuk duduk dan merenung ke lampu kereta dalam masa seminit supaya merasai apa yang dirasakan oleh pemandu lain.

Mereka juga perlu membayar denda sebanyak 300 yuan (RM187).


Lebih daripada 900 pemandu yang ditahan di 100 kawasan pemeriksaan polis dalam masa 2 jam.

Pihak polis mengatakan sikap menggunakan lampu tinggi ini berbahaya kerana boleh menyebabkan silau yang membawa kepada kemalangan serius.

Denda tersebut bukanlah mandatori dan hanya untuk memberi pengajaran buat pemandu.
Dikuasakan oleh Blogger.