Header Ads

'Nurseri Suami', Solusi Untuk Suami yang Bosan Ketika Isteri Shopping


Pusat membeli-belah di Shanghai, China membuka 'nurseri suami' di mana lelaki boleh mendapat rawatan urut, berehat, dan menonton TV sementara isteri atau kekasih mereka pergi membeli-belah.

Terdapat tempat melepak dengan kerusi yang sangat selesa, kerusi urut, TV, peti sejuk, majalah, dan surat khabar dalam bilik berhawa dingin.


Sepertimana para ibu menghantar anak di tempat asuhan, para isteri dan kekasih boleh meletakkan lelaki mereka di situ dan menikmati masa mereka.

Namun, tidak pasti jika dikenakan bayaran ataupun tempat tersebut menyediakan Wi-Fi percuma.


Dikuasakan oleh Blogger.